(i)Kehidupan ini penuh hitam dan putihnya. Hari Sabtu, aku ke KL Sentral sekadar mahu melihat suasana walk in interview pengambilan tenaga akademik IPTA. Yang hitamnya adalah apabila aku bertanya di booth UPSI tentang status permohonanku. Jawapannya, “permohonan Dr. tidak diperakukan”. Dalam kata lain permohonanku tidak layak. Aku sempat bertanya apakah kekurangan [...]
Archive for May, 2007
Hitam Putih Kehidupan
Posted in Uncategorized on May 28, 2007 | Leave a Comment »
Tiga Kategori Penggiat Sastera
Posted in Uncategorized on May 24, 2007 | Leave a Comment »
i)Aku membaca blog rakan-rakan malam tadi. Bangga kerana Shamsuddin Othman dan rakan-rakan penulis akan berangkat ke Medan untuk menyertai Festival Puisi di sana.
Bagiku ada tiga kategori penggiat sastera di Malaysia. Yang pertama ialah penulis, kedua aktivis, dan ketiga penulis serta aktivis. Aku termasuk dalam kategori pertama (jika boleh dikira begitu). Aku hanya [...]
Menjadi Guru Inovatif
Posted in Uncategorized on May 20, 2007 | 1 Comment »
Semalam aku diraikan dalam majlis sambutan Hari Guru peringkat negeri Selangor kerana cerpenku memenangi hadiah pertama. Anakku Adilah juga mendapat tempat pertama dalam kategori pelajar memengah. Sambutan dilancarkan oleh YAB Datuk Menteri Besar. Dalam ucapannya, MB meminta guru sentiasa bertindak inovatif dalam meningkatkan kualiti pendidikan di Selangor, selaras dengan gelaran negeri maju. (Gambar: Bersama-sama [...]
Catatan Selatan
Posted in Uncategorized on May 17, 2007 | Leave a Comment »
Selama dua hari berada di JB, menyambut perayaan Hari Guru 2007. Kemuncaknya pagi tadi, upacara anugerah guru. Yang penting aku memperoleh RM2000.00 sebagai hadiah kemenangan peraduan menulis cerita kanak-kanak. Cerpenku “Dongak ke Atas, Jenguk ke Bawah” memenangi tempat pertama.
Sekalung tahniah diucapkan kepada pengajur tahun ini iaitu Negeri Johor Darul Takzim, kerana sambutan kali ini [...]
Pantai Kelanang Tika Senja
Posted in Uncategorized on May 8, 2007 | Leave a Comment »
Pantai Kelanang tika hampir senja,Foto ini kuambil menggunakan telefon bimbitku,Cantik juga pemandangannya, khabarnya penyanyi Kaer juga memanfaatkan keindahan Pantai Kelalang dalam klip video lagunya.
Anugerah Penulisan Pertama 2007
Posted in Uncategorized on May 8, 2007 | Leave a Comment »
Alhamdulillah, tengah hari tadi mendapat berita cerpenku sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan memang hadiah pertama. Maksudnya tahun ini sekali lagi aku akan merayakan hari guru peringkat kebangsaan, dan kali ini di JB. Inilah anugerah penulisan yang pertama kumenangi tahun ini. Lama sudah aku tidak berpeluang untuk menyertai pertandingan menulis akibat kekangan pengajian. Kini [...]
