Petang semalam aku menerima SMS dari Leo AWS, memberitahu penerbitan antologi puisinya yang terkini. Dan seperti biasa aku amat mengagumi kegigihan Leo dalam berkarya. Paling mencuit perasaan apabila Leo bertanya adakah aku masih berehat daripada menghasilkan karya sastera. Pertanyaan tersebut membuat aku berfikir kembali dan bertanya “Adakah aku semakin hilang dalam dunia sastera?”
Jawabannya [...]
Archive for June, 2007
Semakin Hilangkah Aku?
Posted in Uncategorized on June 30, 2007 | 1 Comment »
MTUC berpiket
Posted in Uncategorized on June 25, 2007 | Leave a Comment »
Muak aku menonton berita di televisyen dan juga membaca berita di akhbar. Berita utama masa kini dipenuhi dengan berita jenayah, pembunuhan, rasuah, dan segala kebobrokan. Paling menarik MTUC melancarkan piket di beberapa lokasi.
Barangkali sudah tiba masanya budaya berpiket ini dihidupkan kembali. Barangkali piket menentang penukaran nama Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia sesuai [...]
Tanjung Piai, Tanah Paling Selatan
Posted in Uncategorized on June 22, 2007 | Leave a Comment »
Setelah menahan kelaparan di Karimun, kami makan tengah hari pada pukul 6.30 ptg di Tanjung Piai. Sebuah restoren di atas laut, sedang keputusan bekalan elektrik yang lambat perkhidmatannya. Tapi kelaparan menjadikan kami berasa juadah amat enak.
Tanjung Piai merupakan daratan paling selatan di benua Asia Tenggara. Tapi jalan masuknya buruk amat. Barangkali menteri atau wakil rakyat [...]
Tanjung Balai yang Gesit
Posted in Uncategorized on June 21, 2007 | 3 Comments »
Akhirnya, aku menjejakkan kaki ke Tanjung Balai, Kepulauan Karimun, bersama-sama Aminhad, Lutfi, dan Shamsuddin Othman. Setelah nanar dioleng ombak Selat Melaka, ternyata kami dikejutkan oleh suasana di Tanjung Balai amat gesit. Anak-anak mengemis sambil menarik-narik baju. (Lihatlah wajah letih kami ketika melunasi harga buku di Toko Salemba, Tanjung Balai)
“Kasian Pak, belum makan Pak!” kata anak-anak [...]
Berwisata di Kota Singa
Posted in Uncategorized on June 9, 2007 | Leave a Comment »
Minggu lepas merupakan minggu aku tidak ada di rumah. Minggu pertama balik ke kampung. Sekembali ke Banting, terus ke JB dan Singapura, bercuti dengan family. Banyak cerita yang hendak disampaikan, tetapi memadai kisah melancong ke Kota Singa kupaparkan dahulu.
Pertama, ternyata mahal untuk melancong ke Singapura, lantaran perbezaan nilai mata wang. Untuk ke Pulau Sentosa sahaja, [...]
