Posted in Uncategorized on September 30, 2007 | Leave a Comment »
Entri 30 September 2007
Alhamdulillah, buku-buku baharu tulisan saya dan rakan Encik Ghalib telah terbit di pasaran. Buku-buku ini merupakan hasil terbaik kami kerana kami telah memasukkan bahan-bahan terkini sesuai dengan keperluan murid-murid sekolah untuk menghadapi peperiksaan kertas Bahasa Malaysia PMR dan SPM. Saya harap buku-buku ini dapat membantu murid-murid dan guru-guru untuk membaiki proses P [...]
Read Full Post »
Posted in Uncategorized on September 23, 2007 | Leave a Comment »
Lama juga aku tak masukkan entri untuk blog ini. Sibuk dengan kerja penulisan untuk buku teks. Begitulah kerja seorang penulis, kerjaya yang sunyi, terperuk di penjuru rumah, memerah otak, mencari idea untuk dinilai dan ditatap oleh orang lain. Begitu pun, aku memang meminati penulisan. Sudah lama kutekuni kerja ini. Minggu lepas aku dihubungi oleh Editor [...]
Read Full Post »
Posted in Uncategorized on September 19, 2007 | 2 Comments »
Sengaja aku paparkan gambar yang aku ambil ketika aku pulang ke kampung sebelum puasa yang lalu. Gambar seorang yang cacat penglihatan sedang bermain muzik untuk mencari rezeki di Pasar Minggu Kg Kilang Kecil, Air Putih,Pendang, Kedah. Aku teruja melihat kemampuan orang tua ini bermain muzik. Malah akulah penonton yang sanggup berlama di [...]
Read Full Post »
Posted in Uncategorized on September 13, 2007 | Leave a Comment »
Setelah nanar kau bergerak dalam ritma dosa,
inilah waktunya untuk membuka peta syurga,
yang kauhilangkan sejak diri derhaka,
di puncak kesima dunia,
melaung canda ke lubuk atma.
Ramadan bagaikan dermaga,
yang menanti jaringan gelora,
di sini pasir putih dan angin lirih,
mewarna setiap denyut nadi,
ke muara Ilahi.
Ramadan,
aku masih menikmati anugerah-Nya,
sekali lagi berjanji dalam hati,
entah tertunai nanti,
atau sekadar eligi,
yang muncus esok pagi.
Ghazali Lateh.
Read Full Post »
Posted in Uncategorized on September 6, 2007 | Leave a Comment »
Rupa-rupanya di Banting ada Pusat Sains Negara. Pusat ini mengendali satelit untuk mengambil imej bumi dari angkasa yang dikenali sebagai satelit LEO Low Earth Orbit. Terletak di Kg Sungai Lang, terpencil dari kesesakan. Aku bersama staf diterima melawat dengan mesra. Banyak pengetahuan yang kami peroleh semasa lawatan tersebut. Yang membanggakan, pusat ini dikendalikan oleh tenaga [...]
Read Full Post »
Posted in Uncategorized on September 3, 2007 | Leave a Comment »
(i)
Ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 disambut dengan pelbagai acara. Aku pulang ke kampung sempena cuti umum kemerdekaan. Di sepanjang jalan aku melihat pelbagai konvoi diadakan sempena sambutan kemerdekaan. Beberapa kumpulan rakyat Malaysia bermotosikal besar berkuasa tinggi memecut jentera mereka membingitkan telinga. Mereka ingin membuktikab bahawa mereka sudah merdeka. Kemerdekaan bagi mereka adalah kemampuan bermotosikal [...]
Read Full Post »