Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2007

Isu terkini tentang bahasa Melayu ialah dakwaan seorang anggota parlimen berkaitan KEMANDULAN DBP dalam mencipta istilah baharu. Hal ini merujuk kepada entri-entri dalam Kamus Dewan yang banyak diadaptasikan daripada bahasa Inggeris. Tiba-tiba sahaja Dr. Wan Hashim membangkitkan persoalan bahasa Melayu. Persoalan juga di manakah suara anggota parlimen semasa bahasa Melayu [...]

Read Full Post »

Bersama-sama Pengarah MBKM yang baharu Encik Abdul Halim

Sejak hari Rabu aku berada di Hotel Royal Adelphi bersama-sama rakan penulis untuk final checking projek buku adaptasi dari Sejarah Melayu. Namun masaku banyak kuhabiskan untuk menyiapkan tugasan membuat soalan komsas novel. Rasanya tugasan ini terlalu menekan kerana masa yang suntuk. Namun aku tetap berusaha untuk memenuhi [...]

Read Full Post »

Galeri Seni Shah Alam

Dalam perjalanan menghantar anak ke UPSI semalam, sempat juga aku dan family singgah sekejap di Galeri Shah Alam. Uniknya, semasa lawatan itu hanya aku sekeluarga sahaja yang datang melawat. Mungkin orang Selangor sudah tidak ada kecenderungan lagi untuk menikmati seni lukis sementelah Selangor telah berstatus negeri maju. Suasana di galeri sunyi, hanya dua orang petugas [...]

Read Full Post »

Lihatlah hasil pertama yang dapat kupancing pagi ini. Lihat pula si sepit biru yang berjaya dinaikkan oleh Rezaimi. Pak Ya teruja dengan udang galah jantan itu.
Pagi-pagi lagi aku ke Kg Sawah dengan Pak Ya. Rezaimi telah menunggu di sana. Ptg semalam sempat mengorek cacing di padang sekolah depan rumah. Bukan apa, hanya untuk [...]

Read Full Post »

Sungai Langat suatu petang
Pagi-pagi lagi aku bergegas ke Seremban untuk menghadiri temu duga jawatan tutor/pensyarah sambilan di OUM (Open Universiti Malaysia) cawangan Seremban. Dalam temu duga itu aku ditanya mengapa tidak memohon untuk mengajar di universiti tempatan memandangkan aku memiliki PhD. Aku jawab, memang aku ada memohon. Akan tetapi permohonanku ditolak kerana aku tidak ada [...]

Read Full Post »

Jalan-jalan Hari Minggu

Lukisan yang aku beli di galeri kampung Bagan Lalang dengan harga RM30.00
(Aminhad pasti teruja melihat lukisan ini)

Selepas sarapan di gerai Majlis Daerah, aku memandu ke arah Morib, terus ke Bagan Lalang bersama-sama isteri dan anak-anak. Singgah di pantai Bagan Lalang (yang kotor dipenuhi sampah), dan sempat juga singgah di sebuah galeri lukisan yang [...]

Read Full Post »

Mimpi Rekayasa Melayu

(i) Intro mimpiAduh, sukarnya jika harus memaksa mimpi. Tambahan pula jika mimpi ini mimpi ngeri. Malah menyeramkan. Sesiapapun akan menyanggah jika mimpi yang kupaksa ini kuceritakan.Mimpi hanya mainan tidur. Aku tahu akan ungkapan klise itu. Akan tetapi mimpi ini memang kupaksa. Telah lama ini aku ingin bermimpi seperti ini. Dan akhirnya mimpi yang kupaksa ini [...]

Read Full Post »

Telah lama juga saya tidak menulis cerpen. Bulan ini dalam Dewan Sastera disiarkan cerpen saya yang bertajuk Cerita Andur dan Pedati. Mudah-mudahan cerpen ini akan mengembalikan minat saya untuk menulis karya kreatif. Sesungguhnya menulis karya kreatif merupakan satu kepuasan walaupun imbuhannya tidak sebenar mana. Dan saya menulis bukan untuk imbuhan. Memadailah, apabila karya diterbitkan [...]

Read Full Post »