Gambar ini aku terima dalam yahoo grup anak kedah. Cerita di sebalik gambar ini menunjukkan seorang kanak-kanak mangsa kebuluran merangkak menuju ke kem PBB yang menyediakan makanan. Jurugambar yang merakam gambar ini khabarnya mengalami tekanan emosi akibat subjek yang dirakamkan dan membunuh diri ketika kembali ke negaranya. Seekor burung nasar pula sedang [...]
Archive for February, 2008
Di Sebalik Gambar
Posted in Uncategorized on February 25, 2008 | Leave a Comment »
Isu Komsas Lagi
Posted in Uncategorized on February 24, 2008 | 1 Comment »
Hari ini dalam akhbar mingguan, isu komsas timbul lagi. Nampaknya, masih ada tindakan melobi supaya pihak berwajib membuat pilihan karya-karya tertentu. Nampaklah juga sifat tidak profesional penulis makalah (yang barangkali berselindung di sebalik nama). Perkara yang tidak saya setuju apabila penulis mengatakan dalam PPK tidak ada orang sastera. Persoalannya, adakah pihak yang [...]
Hanya Sebuah Sajak Lama
Posted in Uncategorized on February 19, 2008 | Leave a Comment »
Sia-siaOleh Ghazali Lateh
(i)Sore merebahkan bebayang usia pada dinding masa,Aku terkinja melepas diri dari kurungan nafsudalam helanafas payah tergugat musibah,membuang sisa nyawa di pintu insafsebelum malam runduk berlabuhdalam sepi menghitung petaka wargasia-sia.
(ii)Rimbun bangsa telah patah julairanting dan dahankerana dedalu merajalela dalam umbi tradisidaerah huma terpugar dosa seribu celakaliat kemelut bertaut lendut dalam buana yang kalutmenampung retak [...]
Penantian
Posted in Uncategorized on February 17, 2008 | 1 Comment »
Penantian ini
seperti sebuah kolek yang terikat pada tebing
hanya memandang laut lepas
dalam kerlingan terbatas.
Penantian adalah semangat
yang tidak pernah hilang
biar jawapan mendatang
bukan impian gemilang
tapi kepastian terbentang.
Penantian ini
akan kuteguhkan setiap hari
mencari makna hakiki
sebuah kehidupan bererti
menuju destinasi.
Penantian ini
bukanlah seperti memadam mantari
akan datang juga nanti
saat berangkat pergi
dengan kerelaan terbukti.
Meletakkan diri dalam penantian merupakan amalanku [...]
Puisi Tanpa Tajuk
Posted in Uncategorized on February 13, 2008 | Leave a Comment »
Kehebatan telah tumbuh menjadi pohon mudaratDan bercambah menjadi ancamanKepada mereka yang takutDengan bayang-bayang.
Sukarnya mengubah fikirMinda pikun dengan kerentaan lopak iriBersipongang, kelinglongan,Semua tingkah tidak lagi kewajaran.
Lantaran penting diri kian menunjangSebuah wajah hanya balikan kosongDari jiwa pelbagai warnaKusam dan getir.
Kehebatan bukan lagi mercu tandaSetelah jiwa didukung durjaSukma mereka yang durjana.
Di sini aku berdiri merakam lukakerana gagal memadam [...]
Misteri di Angkasa Raya
Posted in Uncategorized on February 10, 2008 | 2 Comments »
Aku memuat turun beberapa gambar dari laman web NASA. (Memang menjadi minatku untuk menerokai keajaiban angkasa dan sains penerbangan). Namun ada beberapa gambar yang tidak dapat dipaparkan kerana sebab-sebab hak cipta barangkali. Gambar ini ialah pemandangan dari kapal angkasa USA. Satu pemandangan yang menarik di angkasa.
Bonsaiku!
Posted in Uncategorized on February 9, 2008 | 2 Comments »
Kupaparkan dua pohon bonsaiku yang lama kuabaikan. Pagi ini terasa pula ingin membelai bonsai tersebut. Hobi ini merupakan salah satu daripada hobiku yang banyak (tetapi kelakukan serba sedikit).
Pagi tadi aku sekeluarga menvghantar Ain ke UPSI. Dalam perjalanan balik sempat singgah di Summit, Subang Jaya. Ketika itu juga Haji Latif JPN menelefonku untuk mempelawa [...]
Santai
Posted in Uncategorized on February 8, 2008 | Leave a Comment »
Hari ini aku hanya bersantai di rumah. Selepas bersarapan di luar bersama-sama keluarga, aku ke kebun untuk melihat keadaan kebun yang lama tidak kukunjungi. Kebun di Cheeding agak merugikan kerana tidak ada hasil walaupun perlu dibersihkan setiap bulan. Sesiapa yang berminat untuk menyewa atau membeli tanah tersebut bolehlah menghubungiku. Tanah di Cheeding itu berstatus tanah [...]
Cuti Tahun Baru Cina
Posted in Uncategorized on February 6, 2008 | Leave a Comment »
Hari ini cuti Tahun Baru Cina bermula. Hari ini aku dikunjungi tiga orang pelajar UPM untuk menemuramah sebagai memenuhi keperluan assignment mereka. Agakanku tepat kerana mereka sememangnya mengambil kursus kajian puisi yang diajarkan oleh Tuan Haji Nafi. Aku membantu sekadar yang termampu. Aku berharap mereka beroleh kejayaan. (Sayangnya aku terlupa untuk bergambar bersama-sama mereka, jika [...]
