Gambar-gambar ini ialah gambarku ketika berceramah di Dewan PKPS, Shah Alam. Aku mahu berkongsi pengetahuan dengan anak-anak yang bakal menduduki SPM pada bulan November nanti. Harapanku, input yang kuberikan dapat membantu mereka nanti. InsyaAllah.
Archive for July, 2008
Gambar-gambar Ceramah
Posted in Uncategorized on July 31, 2008 | 4 Comments »
Pemergian Seorang Lagi Sasterawan Negara
Posted in Uncategorized on July 31, 2008 | Leave a Comment »
Ketika bersiap-siap untuk melabuhkan tirai hari semalam, lebih kurang 12.40 tgh malam, aku menerima sms dari Tn Haji Shamsudin, memberitahu berita pemergian SN S Othman Kelantan. Pagi ini aku berhasrat untuk berziarah. Akan tetapi apabila sampai di sekolah, lain pula jadinya. Terkilan juga rasa hati kerana terpaksa membatalkan niat ke Bangi. Aku tidak [...]
Buku Terbaru
Posted in Uncategorized on July 30, 2008 | Leave a Comment »
Tengah hari tadi aku menerima penghantaran kurier dari penerbit Cerdik. Buku tulisanku bersama-sama Cikgu Ghalib telahpun dicetak sebagai sample copy. Inilah hasil kerjaku pada peghujung tahun 2007, kini baru aku mendapat hasilnya. Alhamdulillah, buku ini akan dijadikan buku teks KBSM dan digunakan di beberapa buah negeri termasuk Perak, P. Pinang, Kelantan, Trengganu, [...]
Tentang Perasaan
Posted in Uncategorized on July 28, 2008 | Leave a Comment »
Perasaan datang berbaur-baur menerima sesuatu dalam kehidupan. Barangkali perkara ini lumrah. Akan tetapi aku menerima perkembangan dalam kehidupan dengan perasaan takut dan bimbang. Aku takut untuk berhadapan dengan situasi baharu. Takut tidak diterima, takut dengan pandangan orang. Walaupun begitu, aku bukanlah orang yang mudah mengalah dengan keadaan. Nah.. buktinya, sampai kini aku terus [...]
Untuk Kita Renungkan oleh Ebite G Ade
Posted in Uncategorized on July 27, 2008 | Leave a Comment »
Lagu Puisi Gitartong: Terimm kasih sdr Gitartong
Posted in Uncategorized on July 25, 2008 | 1 Comment »
Mengingati Arwah Dharmawijaya
Posted in Uncategorized on July 23, 2008 | Leave a Comment »
Setelah membaca blog Shamsudin Othman tentang Seminar berkaitan Pak Dharmawijaya, aku jadi teringat akan kenangan bersama-sama tokoh berkenaan. Malangnya, aku tidak dapat ikut serta dalam seminar berkenaan walaupun hati terlalu ingin untuk menyertai. Ada komitmen lain pada tarikh berkenaan yang memerlukan aku berada di Kelang.
Arwah merupakan penyelia sarjanaku di UPM dulu. Banyak pengetahuan tentang [...]
Kerosakan Blog Saya
Posted in Uncategorized on July 23, 2008 | Leave a Comment »
Saya memohon maaf kerana blog saya mengalami sedikit masalah kerana saya cuba menggunakan template yang agak canggih sehingga tidak dapat dibuka melalui IE. Sekarang saya hanya dpt mengedit melalui Mozilla. Mungkin keadaan ini dapat diatasi sedikit masa lagi. InsyaAllah.
Kedamaian
Posted in Uncategorized on July 22, 2008 | Leave a Comment »
Kedamaian bagaikan warna pelangi, muncul di ufuk tiap kali gerimis menyapa. Tapi kedamaian sering hilang bersama panas mantari. Di hati ini kedamaian pasti datang dengan sapa mesra setiap kali senja bertandang. Dan malam mula melebarkan sayap kedamaian yang semakin lebar.
Damai
Posted in Uncategorized on July 22, 2008 | Leave a Comment »
