Ramadan Berkunjung Lagi
Oleh Ghazali Lateh
Ketika kemilau ufuk diterjah cahaya Ramadan,hati nirmala terluang seluas pasrah,dari langit terbias seribu dugadengan dingin hujan,dengan pijar sinaran.
Tangan-tangan iman seluruh umat,biar akrab kudus wuduk setiap saat,agar ampuh menguak gerbang ujana syurgawi, dengan setiap butir zikir,dan rentetan panjang tahmid dan takbir.
Segera luruskan saf-saf hadapan,selurus patuh dan takwa anbia,menjelang sore ketika mersik muazin [...]
Archive for August, 2008
Ramadan Berkunjung Lagi
Posted in Uncategorized on August 31, 2008 | 1 Comment »
Rumahku dalam Pembinaan
Posted in Uncategorized on August 30, 2008 | Leave a Comment »
Rumahku kini dalam proses renovasi. Nampaknya, hasrat untuk berhari raya di rumah baharu tidak menjadi kenyataan kerana pembinaan mengambil masa yang agak lama.
Apakah sudah jadi dengan teks ucapan sempena ulang tahun kemerdekaan.
Posted in Uncategorized on August 29, 2008 | 3 Comments »
Saya telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk membaca titah ucapan Yang Dipertuan Agong sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan. Teks yang diberikan semalam sempat saya teliti. Saya mendapati terdapat kesalahan tema dalam teks tersebut. Saya membuat keputusan untuk membetulkan tema tersebut agar tidak kelihatan janggal kerana tema yang tercatat pada ucapan tersebut MALAYSIAKU GEMILANG, sedangkan [...]
Gambar sempena Sambutan Hari Kemerdekaan dan Minggu Koakademik
Posted in Uncategorized on August 29, 2008 | 8 Comments »
Pengusaha kantin sekolah SMK Telok Datok, Encik Aris mengambil inisiatif untuk mencipta rekod sempena perayaan ulang tahun kemerdekaan yang ke-51. Beliau menghidangkan 51 jenis kuih tradisional dan 51 jenis minuman untuk guru-guru dan murid-murid sekolah ini. Semua warga sekolah digalakkan menderma 51 sen sebagai atnda sokongan terhadap usaha ini. Lihatlah hasilnya.
Persembahan permainan [...]
Nostalgia Regat Seri Cempaka, Ipoh
Posted in Uncategorized on August 21, 2008 | 1 Comment »
Di kawasan R&R Semanggol
Di Pantai Murni, Yan Kedah.
Di Regat Seri Cempaka, Taman Cempaka Ipoh.
Gambar-gambar di atas diambil ketika aku balik kampung menjenguk ibu. Kesibukan membuatkan aku hanya berada tiga hari di kampung. Dalam perjalanan balik kampung itu, aku sempat singgah di Taman Cempaka, Ipoh. Aku bergambar di Regat Seri Cempaka, [...]
Sajakku
Posted in Uncategorized on August 15, 2008 | Leave a Comment »
MEMBACA PUISI SUFI KETIKA HUJAN MALAM
Dia telah mencurahkan hujan dari langit-Nyaketika puisi-puisi sufi Rabiatul Adawiyahmeresap ke dalam nadi imankumerayap ke akar umbi azaliku.Malam bungkam selepas hujan diamilham pun datang dari bait Sayyidina Ali alaihissalam “seumurmu bukanlah insan tanpa takwa dan agama”
Betapa secekal mana manusia kinitiada setanding pasrah Al Hallaj dan Ibnu Arabimaka makna [...]
Berdirilah Bahasaku
Posted in Uncategorized on August 11, 2008 | 1 Comment »
Berdirilah Bahasaku
Kau pernah melonjak ke seluruh nusantara,Menjulang piala lingua franca,Wahana ukiran minda warga,Wacana ketamadunan sebuah ujana wangsa.
Ketika angin meniupkan debu sirna,Arus era menghakis darjat perlina,Bunga-bungamu kian kehilangan warna,Santun budimu kini terguris cakna.
Langkahmu digugat resah dan pasrah,Menyongsong kesumat hasutan penjarah,Bergerak payah berhenti kalah,Wasiat warisan dirancu helah.
Berdirilah bahasaku, bahasa Melayu!Berserilah pesakaku, bahasa Melayu,Bersenilah puspaku, bahasa Melayu,Bersemilah lokaku, [...]
Perjalanan Hidup
Posted in Uncategorized on August 5, 2008 | Leave a Comment »
Hidup ini sebuah perjalanan yang di hadapannya belum pasti arah dan persimpangan. Akan tetapi persimpangan dan liku-liku itu bukanlah ranjau yang tidak boleh ditelusuri. Walau apa-apa pun cabaran yang melanda, semua itu hanya rencah dan bumbu yang memaniskan, dan adakalanya memahitkan. Namun, biarpun pahit atau manis, haruskah kita berpatah balik dan memulakan satu perjalanan yang [...]
Ulang Tahun Perkahwinan
Posted in Uncategorized on August 3, 2008 | 4 Comments »
Hari ini 3 Ogos, ialah haru ulang tahun perkahwinanku yang ke-23. Semalam semasa aku balik dari menyampaikan seminar di Perpustakaan Awam Selangor, di Shah Alam, sempat juga membeli sebentuk cincin untuk isteri. Cadangnya, untuk buat surprise, tapi ptg semalam, ketika hendak melawat rumah baharu kami, isteriku terjumpa bungkusan dalam kereta. Lalu dia bertanya, bungkusan apa [...]
