Kali ini aku meletakkan diri dalam orang derita menangisi keperitan sengsara meratapi sukma tertikam duri nestapa membahang minda dengan api dukalara. Dari dalam diri orang derita aku ingin melihat citra manusia yang datang sekadar bertanya memandang sekilas Cuma yang duduk mendengar cerita yang tunduk menggubah ritma durja. Aku, kini orang derita tidak pernah ingin menagih [...]
Archive for January, 2009
Orang Derita
Posted in Uncategorized on January 30, 2009 | 2 Comments »
Menternak Pelangi
Posted in Uncategorized on January 30, 2009 | Leave a Comment »
Waktu yang berlalu kadang-kadang seperti tidak terasa. Pantas dan senyap. Tahu-tahu, diri terasa sudah semakin dimamah usia. Kadang-kadang terasa ingin bertanya pada diri sendiri, apakah lagi yang dikejarkan dalam hidup ini. Tidak cukupkah kurniaan Ilahi dengan segala kenikmatan dan kemewahan yang dimiliki. Apabila persoalan-persoalan itu menerpa, diri terasa terlalu ingin meninggalkan segala unsur keduniaan, dan [...]
Menenangkan Fikiran di Bagan Lalang
Posted in Uncategorized on January 27, 2009 | 1 Comment »
Sejak dua tiga hari yang lalu, kesihatan diri agak terganggu. Barangkali oleh sebab terlalu penat dengan urusan kerja dan aktiviti di rumah. Hari ini sengaja mengajak isteri dan anak-anak pergi makan-makan di Bagan Lalang. Sempat juga menjalani rawatan refleksologi di pantai tersebut. Warong tempat kami makan betul-betul terletak di tepi pantai. Makanan agak sederhana. Begitu [...]
Pemergian Sasterawan Tanah Air
Posted in Uncategorized on January 25, 2009 | 1 Comment »
Hari ini negara kehilangan seorang lagi Sasterawan besar Pak Arenawati. Pagi-pagi Tn Hj Shamsudin Othman menghantar sms tentang berita sedih itu. Saya terkedu sejenak kerana minggu lepas sahabat sastera saya Sazalee Yaacob telah kembali ke rahmatallah. Saya tidak mengenali Pak Arenawati secara peribadi, tetapi saya membaca karya arwah ketika saya obses dengan sastera, terutama ketika [...]
Tangisan Palestin
Posted in Uncategorized on January 17, 2009 | Leave a Comment »
Bagi Israel tangisan itu tidak pernah reda untuk bolosdan meletupkan seluruh generasi secara tidak bertamadun,dan tangisan itu tidak pernah akan melembutkan hatisang penjarah yang berfikir bahawa baik atau burukterletak pada pemikiran individubukan ditentukan oleh orang lain. Bagi Amerika tangisan itu adalah sorak-sorai dendamyang terbuku tidak pernah padamlalu meletakkan tamadun manusia di bawah tapak kaki sendiri.Justeru [...]
Entri Bahan Akademik dalam Laman Ghazali Lateh
Posted in Uncategorized on January 11, 2009 | 2 Comments »
Mulai sekarang, saya akan memasukkan entri bahan-bahan akademik untuk diakses oleh murid-murid yang menduduki SPM dan STPM, iaitu bagi subjek Bahasa Melayu. Bahan-bahan ini ialah bahan pengajaran saya dan juga ambilan daripada tulisan-tulisan saya sebelum ini. Mudah-mudahan bahan ini dapat diguna pakai oleh murid-murid yang berminat.
Terkulai
Posted in Uncategorized on January 9, 2009 | 1 Comment »
Terkulai anak-anak bermata biru,di atas aspal merah,nyaring suara ngeri dari setiap jiwatakut dan amarah berbaurmenjadi perjuangan yang tidak pernah selesaipanjang dan sengsaradi bumi yang hilang kemanusiaan. Tangisan mana ada maknanyatanyalah!pembela tidak lagi adauntuk bergantung harapkerana mereka juga dicengkam dendamwibawa padamhitam. Palestin adalah sejarah sepanjang zamanyang hitam dan merahtidak pernah berhenti larian tintamencatat wacana dukalaradalam tamadun [...]
Bertemu kembali
Posted in Uncategorized on January 7, 2009 | 2 Comments »
Setelah Sekian Lama
Posted in Uncategorized on January 6, 2009 | 1 Comment »
Setelah agak lama mendiamkan diri, kini saya kembali mengemaskinikan blog ini. Setelah berpindah, rumah baharu saya tidak dilengkapi dengan talian telefon. Kini setelah kembali bertugas barulah berpeluang untuk mengemaskinikan laman ini.
