Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Buat sementara waktu, blog saya hanya dapat diakses menggunakan Mozilla dan Netscape. Kerosakan ini akan diatasi tidak lama lagi.

Read Full Post »

Secalit Sinar

Dalam gelita yang merayap di dada hidupbarangkali ada secalit sinardi hujung ufuk
temaram kelamhanyalah warnayang tercoretdengan kehendak-Nya.

Read Full Post »

Orang Derita

Kali ini aku meletakkan diri
dalam orang derita
menangisi keperitan sengsara
meratapi sukma tertikam duri nestapa
membahang minda dengan api dukalara.

Dari dalam diri orang derita
aku ingin melihat citra manusia
yang datang sekadar bertanya
memandang sekilas Cuma
yang duduk mendengar cerita
yang tunduk menggubah ritma durja.

Aku, kini orang derita
tidak pernah ingin menagih simpati
sekadar ingin diri dimengerti
aku tidak pernah akan meminta
secebis rasa, sedetik [...]

Read Full Post »

Menternak Pelangi

Waktu yang berlalu kadang-kadang seperti tidak terasa. Pantas dan senyap. Tahu-tahu, diri terasa sudah semakin dimamah usia. Kadang-kadang terasa ingin bertanya pada diri sendiri, apakah lagi yang dikejarkan dalam hidup ini. Tidak cukupkah kurniaan Ilahi dengan segala kenikmatan dan kemewahan yang dimiliki. Apabila persoalan-persoalan itu menerpa, diri terasa terlalu ingin meninggalkan segala unsur keduniaan, dan [...]

Read Full Post »

Sejak dua tiga hari yang lalu, kesihatan diri agak terganggu. Barangkali oleh sebab terlalu penat dengan urusan kerja dan aktiviti di rumah. Hari ini sengaja mengajak isteri dan anak-anak pergi makan-makan di Bagan Lalang. Sempat juga menjalani rawatan refleksologi di pantai tersebut.
Warong tempat kami makan betul-betul terletak di tepi pantai. Makanan agak sederhana. [...]

Read Full Post »

Hari ini negara kehilangan seorang lagi Sasterawan besar Pak Arenawati. Pagi-pagi Tn Hj Shamsudin Othman menghantar sms tentang berita sedih itu. Saya terkedu sejenak kerana minggu lepas sahabat sastera saya Sazalee Yaacob telah kembali ke rahmatallah. Saya tidak mengenali Pak Arenawati secara peribadi, tetapi saya membaca karya arwah ketika saya obses dengan sastera, terutama ketika [...]

Read Full Post »

Tangisan Palestin

Bagi Israel tangisan itu tidak pernah reda untuk bolosdan meletupkan seluruh generasi secara tidak bertamadun,dan tangisan itu tidak pernah akan melembutkan hatisang penjarah yang berfikir bahawa baik atau burukterletak pada pemikiran individubukan ditentukan oleh orang lain.
Bagi Amerika tangisan itu adalah sorak-sorai dendamyang terbuku tidak pernah padamlalu meletakkan tamadun manusia di bawah tapak kaki sendiri.Justeru mereka [...]

Read Full Post »

Mulai sekarang, saya akan memasukkan entri bahan-bahan akademik untuk diakses oleh murid-murid yang menduduki SPM dan STPM, iaitu bagi subjek Bahasa Melayu. Bahan-bahan ini ialah bahan pengajaran saya dan juga ambilan daripada tulisan-tulisan saya sebelum ini. Mudah-mudahan bahan ini dapat diguna pakai oleh murid-murid yang berminat.

Read Full Post »

Terkulai

Terkulai anak-anak bermata biru,di atas aspal merah,nyaring suara ngeri dari setiap jiwatakut dan amarah berbaurmenjadi perjuangan yang tidak pernah selesaipanjang dan sengsaradi bumi yang hilang kemanusiaan.
Tangisan mana ada maknanyatanyalah!pembela tidak lagi adauntuk bergantung harapkerana mereka juga dicengkam dendamwibawa padamhitam.
Palestin adalah sejarah sepanjang zamanyang hitam dan merahtidak pernah berhenti larian tintamencatat wacana dukalaradalam tamadun manusia.
Aku bukan [...]

Read Full Post »

Bertemu kembali

Read Full Post »

Older Posts »