Feeds:
Posts
Comments

Setelah Sekian Lama

Setelah agak lama mendiamkan diri, kini saya kembali mengemaskinikan blog ini. Setelah berpindah, rumah baharu saya tidak dilengkapi dengan talian telefon. Kini setelah kembali bertugas barulah berpeluang untuk mengemaskinikan laman ini.

Berpindah ke Rumah Baharu

Aku dan keluarga sudah berpindah ke rumah baharu. Alamatnya No. 2, Jalan Cempaka Wangi 13, Taman Cempaka, 42700 Banting, Selangor. Untuk rakan-rakan dan kenalan, jemputlah datang ke majlis tahlil. doa selamat, dan bacaan Yassin yang akan diadakan pada hari Khamis, 25 Disember, 2008. Waktunya selepas Maghrib. Maaf kerana barangkali tidak dapat menjemput secara formal semuanya, tetapi sesiapa yang membaca blog dijemput hadir.

Sebuah Sajak Lama

Musim Pengampunan

Oleh Ghazali Lateh

Apakah yang lebih baik kau katakan,
menjadi madu bicara,
tentang penyisihan yang manis,
dan tidak pernah terjangka,
akan pahitnya.

Tangan yang mereka hulurkan,
bukanlah lambaian mesra,
kuku dan cakar yang tersembunyi,
menggertak dalam senyuman,
akupun mengerti,
makna sebuah retorika,
skrip lakonan mereka.

Biarlah aku menafsir kembali,
kewajaran aku di sini,
ketika kehadiran tidak dihajati,
kerana aku terlalu mengerti,
sempena musim pengampunan ini,
mengubah destinasi,
sesungguhnya semakin pasti.

Pengampunan ini bagiku,
sebuah hukuman!

Banting,
14 Disember 2004

Rumahku 2

Rumahku 1

Rumput yang belum bertanam
Air terjun dari Sg. Buluh, Subang

Pandangan dari ruang dapur ke luar.

Ruang tamu yang masih bertabur
Dining area

Di depan dapur bahagian luar rumah.

Ada juga rakan yang bertanya, why should you spend a lot of money for your house. Dan aku menjawab ringkas, “untuk menikmati kehidupan”

Hari yang penuh aktiviti

Setelah balik dari Sg Buluh, sempat juga singgah di rumah baharu kamu. Pandangan di atas ialah dari dapur ke arah ruang makan dan ruang tamu.

Makan tengah hari di atas bumbung bangunan PKNS Shah Alam. Suasananya agak tidak terjaga, padahal kawasan itu amat baik untuk dijadikan tarikan.

Hari ini hari yang penuh dengan aktiviti. Penat, tapi tetap memuaskan hati. Banting, Shah Alam, Sungai Buluh, dan Banting kembali.

Suara Hati Tengah Malam

Ahhh… Tuhan menjadi malam dan siang, gelap dan cerah, sebagai pusingan kehidupan. Kadang-kadang kegelapan malam membawa cahaya ilham di bucu hati, untuk berkongsi dengan manusia sejagat tentang segala-halanya. Dan malam ini, aku masih tercegat, menitip perasaan pada aksara kekunci, tentang kehidupan dan kenangan, tentang masalah dan perasaan, tentang orang-orang yang hadir dalam ingatan.
Sukarnya, jika malam bukan lagi medan mimpi dan dodoian istirahat, biarpun mata sesekali hilang destinasi, aku masih di sini. Membangkitkan segala nostalgia tentang masa silam, menyubur harapan masa depan, dan menilai keadaan diri.

Kenangan di Melaka

Bergaya di depan cermin. Grand Continental, Melaka
Di luar bilik kursus.

Tengah malam pun masih menikmati roti canai cecah asam pedas. Azmi dan Hj Johari, sabar menanti. Terima kasih Azman Majid yang sanggup membawa ke lokasi gerai asam pedas yang enak.

Lawak

« Newer Posts - Older Posts »